Wednesday, February 4, 2009

Harimau Malaya Cacat

Buat masa sekarang heboh dengan cerita basi iaitu cerita tentang pasukan bola sepak Malaysia yang asyik dengan kekalahan dan lebih asyik mengejar bola dari menendang bola atau lebih gemar melepaskan gol dari menjaringkan gol. 

Bagi aku tiada gunanya isu ini diperkatakan lagi mahupun dibincangkan lagi kerana lebih banyak diperkatakan lebih banyak aksi longlai yang dipersembahkan oleh pasukan negara. Tetapi jika bukan kita sebagai rakyat Malaysia yang mengutarakan pendapat siapa lagi yang patut menyuarakannya takkan nak tunggu Beckham membincangkan hal ini. 

Bagi aku FAM patut memeriahkan liga kita dengan banyakkan pasukan lihat contoh EPL ada 20 pasukan itu baru liga utama belum lagi liga coca-cola,championship,league one dan league two. Dengan cara ini baru ada banyak pasukan dan lebih ramai ada pemain. Apakata jika setiap daerah di Malaysia ini mempunya pasukan seperti di Melaka dari ada satu pasukan negeri tapi dipecahkan kepada 3 pasukan daerah. 

Jika masalah stadium melalui pandangan aku setiap daerah memang ada stadium sendiri tetapi tidak sebesar stadium negeri dan untuk mengatasinya daerah yang ada stadium besar atau stadium kecil hendaklah menguruskan sendiri kewangan mereka seperti satu badan koperat. 

Dengan cara penswastaan pasukan bola sepak daerah ini dapat menarik lebih ramai pemain dan penyokong lebih berminat datang menyokong pemain yang datang adri tempat mereka sendiri. Pasukan bola sepak daerah ini juga dapat melatih anak-anak muda mereka dan dapat memilih pemain dari bilangan yang ramai. Akhirnya pasukan Malaysia yang kuat akan tercipta kerana lebih ramai pemain lebih tinggi kualitinya bagi aku. 

salam..

No comments:

Post a Comment