Saturday, February 14, 2009

PEREMPUAN atau betina

Adakah begitu sukar untuk membezakan antara perempuan dan betina. Itulah persoalan yang harus dijawab dan diteliti ini kerana dikala zaman arus moden ini kita amat sukar untuk membezakan mereka. 

Hendak diceritakan payahnya untuk membezakan antara perempuan dan betina hinggakan P. Ramlee pun terpaksa menyampurkan garam,gula,beras,bawang dan rempah ratus di dalam uncang. Ini bertujuaan untuk memilih calon isteri yang perempuan dan bukan betina. Barangsiapa yang boleh memasakkan makanan dari uncangnya itu maka gadis itu lah perempuan dan bukan betina. Dari segi tersiratnya bahawa pada pandangan P. Ramlee perempuan seorang yang amat bertanggungjawab, pandai, penuh kesabaran dan tekun dalam mencapai sesuatu. 

Maka diharapkan janganlah pula lelaki atau jantan membawa uncang ke merata tempat untuk mencari seorang perempuan. Itu semua hanya tersurat dan tersirat di dalam pandangan seorang insan bernama P. Ramlee. Tapi adakah memang sukar mencari perempuan itu sebenarnya kerana betina lebih ramai itu tidak dapat dijawab kerana jawapannya ada didalam hati seorang pencari .

Wednesday, February 11, 2009

My interest

Today I want to reveal to all of you what is my passion. My passion are watching movies not the movies that make we just crying for the heroine has died in the last scene but the movies that can generate my brain to think why and what. Thats to me that become my interest. 

At the number fifth are the film that been called ' Anakku Sazali'. Why this black and white film can be in my top five list. Its because from my younger days my father like to watch all type of old malay movies the black and white movies for especially. While i'm still at the age of 5 or 7 I always wondering why there are two P. Ramlee and how they do it. Beside that the melody of the songs are delicious to my ear.

At the number fourth the genre that I been mostly like to watch that is The Godfather trilogy. the quote that ' I will give him the offer that he cant refuse' make me waiting to use it on someone who play-play with me. The story about all the underground world about organize crime and how in the world even we are the criminal we must have respect in other people life and belonging.  

At the number third is the 'My Sassy Girl' I been attract by the plot how their love live already been managed by the third party that means the fate of their love. But as human being we for sure try to find our love in our way and for another in our own way but fate talk what they will be in the final scene. 

The silver medal will be given to the movie that been direct by Guy Ritchie . The movie been called 'Lock Stock & Two Smoking Barrel'. For me this movie has been well grilled by many sub-plot and the plot and made it worth to watch. Its have all element like gangsterism theme , father and son relation theme and friendship theme. The movie that I can watch for too many times and not even feel bored. 

The gold medal will be to the film called 'Shawshank Redemption' its a movie about how the life in prison and how to handle the crooked warden and finally how the hero escape from the prison and get the new life with the new identity. 

Tuesday, February 10, 2009

baik dan buruk

Di kala tanah melayu sekarang di ambang pergolakan politik pasca pilihanraya yang lalu aku terfikir tentang baik dan buruknya sesuatu kaum di tanah melayu ini. Kita semua sedia maklum bahawa tanah melayu ini mempunyai kaum yang dari majoritinya terbahagi kepada tiga iaitu melayu,cina dan india. 

Bagi kaum melayu, ramai yang menjejakkan kaki di tanah melayu akan berasa amat selesa dan berasa seprti di tanahair sendiri ini kerana memang sudah menjadi sifat orang melayu itu iaitu bersifat peramah dengan setiap orang. Kita boleh melihat bagaimana keterbukaan orang melayu itu sendiri apabila menerima kedatangan orang cina dan orang india di tanah melayu tanpa ada pra sangka buruk yang kedua-dua kaum tadi akan menjejaskan ekonomi orang melayu itu pada masa akan datang. Buruknya sikap orang melayu itu sendiri yang akhirnya menguntungkan kaum lain atau orang lain ialah satu sikap yang suka membazir. Contohnya apabila tiba musim perayaan kita boleh lihat orang melayu berlumba-lumba menukar segala peralatan rumah dengan yang baru dan ini dalam erti kata lain menguntungkan orang atau kaum lain yang menjual segala kelengkapan rumah. 

Bagi kaum india ialah mereka ini memang jenis yang amat kuat beragama dan patuh pada perintah tuhan mereka dan kita boleh lihat pabila hari-hari kebesaran mereka bagaimana mereka dengan penuh rajin dan taat telah menunaikan segala perintah agama mereka. Buruknya kaum india ini ialah dari segi permasalahan sosialnya iaitu gangsterism, ini ialah masalah utama bagi kaum india bagaimana untuk menangani gangsterism yang pada akhirnya akan merugikan mereka sendiri. 

Bagi kaum cina pula kebaikan mereka ialah sifat kerajinan mereka yang harus kita puji. Sifat rajin mereka yang membuatkan mereka dapat menguasai ekonomi tanah melayu ini. Sifat ini kita boleh lihat di dalam kawasan berdekatan saja sebagai contoh jika ada kedai runcit berdekatan ada kedai kaum melayu dan cina kita boleh lihat kedai runcit kaum mana yang akan membuka kedai dahulu. Di sebalik sikap baik itu ada sikap buruk kaum cina ini iaitu mereka ini satu kaum yang amat opprotunist. Mereka tahu saja bagaimana mahu mengandakan kekayaan mereka jika kita lihat sejarah genting itu sendiri kaum melayu melihat gunung genting itu sebagai berhantu atau berpuaka dan keras tetapi kaum cina melihat gunung genting itu sebagai wang yang boleh memberikan mereka kekayaan yang telah mereka kecapi sekarang. 

Itulah sebahagian baik dan buruk hidup sebagai satu keluarga besar di tanah melayu ini. Kita boleh umpamakan kaum melayu sebagai abang sulung yang wajar menjaga keluarganya selepas pemergian orang tua mereka, kaum cina sebagai abang tengah yang lebih berjaya atas pengorbanan abang sulungnya dan kaum india sebagai abang bongsu yang masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar abang-abangnya. 

Monday, February 9, 2009

J.I.M.A.T atau kedekut

Di kala ekonomi sekarang sudah tidak menentu dan pabila asyik dengan cerita pembuangan pekerja aku terfikir tentang satu idea untuk memulakan satu langkah penjimatan. Sebenarnya manusia selalu berprasangka dengan perkataan 'jimat'. 

Ini kerana bagi zaman sekarang jimat memanglah bermaksud cuba mengurangkan segala perbelanjaan yang tidak perlu seperti membeli kereta baru, makan di restoran mahal dan sebagainya tetapi ada pandangan manusia jika pada bukan zaman ini jimat bolehlah dikatakan seperti sikap kedekut. Bagi aku jimat atau kedekut bukanlah satu cara untuk dilakukan di mana-mana zaman tetapi langkah atau cara untuk mengurang pengeluaran duit pada satu hari dan dalam masa yang sama menambahkan pendapatan pada masa yang sama. 

Akhir kata aku memang seorang yang amat jimat ..... 

Thursday, February 5, 2009

Adakah Ia Gurauan Atau Makian

Semua orang suka akan gurauan dan diakhiri dengan gelak ketawa yang berdekah bagaikan raksasa. Disetiap gelakan ketawa itu pastinya terselit dengan gurauan yang bersifat hinaan, cercaan,makian,dan pujian. Semua itu dapat membuatkan manusia yang berperasaan ini terasa bahagia atau sedih.

Percayalah di setiap segala hal dan perkara itu pastinya ada terselit akan sifat terasa atau kecil hati pada diri yang dilawakkan atau pada diri yang membuat lawak. Ini kerana setiap lawak itu ataupun dinamakan gurauan itu past terselit makian atau cercaan bagi penambah perasa pada jalan cerita lawak itu. 

Akhirnya motif sesuatu lawak ataupun gurauan itu hanyalah untuk bergurau senda dan bersuka-ria sahaja. Tetapi Maha Pencipta tidak suka sesuatu yang berlebihan dalam ketawa riang dek kerana di kala kita ketawa berdekah-dekah pasti ada yang sedang menangis teresak-esak di dalam dunia ini maka sewajarnya kita berpada-pada. 

Makian dalam gurauan akan sama berselang-seli dan akan terus wujud mahupun bukan dalam bahasa malaysia sahaja kerana ia sudah menjadi lumrah manusia itu untuk menjadikan gurauan itu sebagai alternatif mereka untuk menghiburkan diri sendiri. Akhri sekali wajralah kita bermaafan jika ada hati yang terguris dek kerana gurauan tadi...

Salam....

Wednesday, February 4, 2009

Harimau Malaya Cacat

Buat masa sekarang heboh dengan cerita basi iaitu cerita tentang pasukan bola sepak Malaysia yang asyik dengan kekalahan dan lebih asyik mengejar bola dari menendang bola atau lebih gemar melepaskan gol dari menjaringkan gol. 

Bagi aku tiada gunanya isu ini diperkatakan lagi mahupun dibincangkan lagi kerana lebih banyak diperkatakan lebih banyak aksi longlai yang dipersembahkan oleh pasukan negara. Tetapi jika bukan kita sebagai rakyat Malaysia yang mengutarakan pendapat siapa lagi yang patut menyuarakannya takkan nak tunggu Beckham membincangkan hal ini. 

Bagi aku FAM patut memeriahkan liga kita dengan banyakkan pasukan lihat contoh EPL ada 20 pasukan itu baru liga utama belum lagi liga coca-cola,championship,league one dan league two. Dengan cara ini baru ada banyak pasukan dan lebih ramai ada pemain. Apakata jika setiap daerah di Malaysia ini mempunya pasukan seperti di Melaka dari ada satu pasukan negeri tapi dipecahkan kepada 3 pasukan daerah. 

Jika masalah stadium melalui pandangan aku setiap daerah memang ada stadium sendiri tetapi tidak sebesar stadium negeri dan untuk mengatasinya daerah yang ada stadium besar atau stadium kecil hendaklah menguruskan sendiri kewangan mereka seperti satu badan koperat. 

Dengan cara penswastaan pasukan bola sepak daerah ini dapat menarik lebih ramai pemain dan penyokong lebih berminat datang menyokong pemain yang datang adri tempat mereka sendiri. Pasukan bola sepak daerah ini juga dapat melatih anak-anak muda mereka dan dapat memilih pemain dari bilangan yang ramai. Akhirnya pasukan Malaysia yang kuat akan tercipta kerana lebih ramai pemain lebih tinggi kualitinya bagi aku. 

salam..

Tuesday, February 3, 2009

Salahkah Jika Peramah

Hello,

Peramah itu bagi aku ialah satu sifat yang baik dan tidak semua orang boleh jadi peramah. Seperti aku, aku tidak merasakan diri aku seorang yang peramah atau mudah mesra dengan orang kerana aku bukan suka bertanya kepada orang yang tidak kenal dan aku tidak suka jika orang itu mengulanginya pada aku pula. Di harap sepanjang penulisan blog ini kalian akan lebih mengenali aku. 

Berbalik pada sikap yang dikurniakan Allah ini iaitu peramah. bagi aku peramah itu ada baik nya juga seperti untuk ice breaking dan mengenali orang lain dan mungkin orang lain itu boleh menjadi seseorang kepada kita seperti sebagai kawan,sahabat,rakan bisnes, dan kekasih. Tetapi semua yang kita lakukan janganlah seperti lebih sudu dari kuah kerana jika kita lebih keperamahan ia akan membuat orang di sekeliling kita merasa jengkel dan tidak senang duduk. 

Selain kisah tentang peramah aku ada cerita atau pandangan aku tentang orang yang suka bertanya berulang-ulang kali tetapi aku akan ceritakan kisah itu pada lain hari . INSYALLAH .. salam..