Tuesday, February 3, 2009

Salahkah Jika Peramah

Hello,

Peramah itu bagi aku ialah satu sifat yang baik dan tidak semua orang boleh jadi peramah. Seperti aku, aku tidak merasakan diri aku seorang yang peramah atau mudah mesra dengan orang kerana aku bukan suka bertanya kepada orang yang tidak kenal dan aku tidak suka jika orang itu mengulanginya pada aku pula. Di harap sepanjang penulisan blog ini kalian akan lebih mengenali aku. 

Berbalik pada sikap yang dikurniakan Allah ini iaitu peramah. bagi aku peramah itu ada baik nya juga seperti untuk ice breaking dan mengenali orang lain dan mungkin orang lain itu boleh menjadi seseorang kepada kita seperti sebagai kawan,sahabat,rakan bisnes, dan kekasih. Tetapi semua yang kita lakukan janganlah seperti lebih sudu dari kuah kerana jika kita lebih keperamahan ia akan membuat orang di sekeliling kita merasa jengkel dan tidak senang duduk. 

Selain kisah tentang peramah aku ada cerita atau pandangan aku tentang orang yang suka bertanya berulang-ulang kali tetapi aku akan ceritakan kisah itu pada lain hari . INSYALLAH .. salam..

No comments:

Post a Comment