Saturday, February 14, 2009

PEREMPUAN atau betina

Adakah begitu sukar untuk membezakan antara perempuan dan betina. Itulah persoalan yang harus dijawab dan diteliti ini kerana dikala zaman arus moden ini kita amat sukar untuk membezakan mereka. 

Hendak diceritakan payahnya untuk membezakan antara perempuan dan betina hinggakan P. Ramlee pun terpaksa menyampurkan garam,gula,beras,bawang dan rempah ratus di dalam uncang. Ini bertujuaan untuk memilih calon isteri yang perempuan dan bukan betina. Barangsiapa yang boleh memasakkan makanan dari uncangnya itu maka gadis itu lah perempuan dan bukan betina. Dari segi tersiratnya bahawa pada pandangan P. Ramlee perempuan seorang yang amat bertanggungjawab, pandai, penuh kesabaran dan tekun dalam mencapai sesuatu. 

Maka diharapkan janganlah pula lelaki atau jantan membawa uncang ke merata tempat untuk mencari seorang perempuan. Itu semua hanya tersurat dan tersirat di dalam pandangan seorang insan bernama P. Ramlee. Tapi adakah memang sukar mencari perempuan itu sebenarnya kerana betina lebih ramai itu tidak dapat dijawab kerana jawapannya ada didalam hati seorang pencari .

No comments:

Post a Comment