Thursday, February 5, 2009

Adakah Ia Gurauan Atau Makian

Semua orang suka akan gurauan dan diakhiri dengan gelak ketawa yang berdekah bagaikan raksasa. Disetiap gelakan ketawa itu pastinya terselit dengan gurauan yang bersifat hinaan, cercaan,makian,dan pujian. Semua itu dapat membuatkan manusia yang berperasaan ini terasa bahagia atau sedih.

Percayalah di setiap segala hal dan perkara itu pastinya ada terselit akan sifat terasa atau kecil hati pada diri yang dilawakkan atau pada diri yang membuat lawak. Ini kerana setiap lawak itu ataupun dinamakan gurauan itu past terselit makian atau cercaan bagi penambah perasa pada jalan cerita lawak itu. 

Akhirnya motif sesuatu lawak ataupun gurauan itu hanyalah untuk bergurau senda dan bersuka-ria sahaja. Tetapi Maha Pencipta tidak suka sesuatu yang berlebihan dalam ketawa riang dek kerana di kala kita ketawa berdekah-dekah pasti ada yang sedang menangis teresak-esak di dalam dunia ini maka sewajarnya kita berpada-pada. 

Makian dalam gurauan akan sama berselang-seli dan akan terus wujud mahupun bukan dalam bahasa malaysia sahaja kerana ia sudah menjadi lumrah manusia itu untuk menjadikan gurauan itu sebagai alternatif mereka untuk menghiburkan diri sendiri. Akhri sekali wajralah kita bermaafan jika ada hati yang terguris dek kerana gurauan tadi...

Salam....

No comments:

Post a Comment