Apa yang selalu diperdengarkan kita di dalam kolum hiburan ataupun kolum ekonomi ialah bagaimana tersepitnya industri muzik tanahair dari secara amnya dan pemuzik tanahair itu sendiri secara khususnya. Dek kerana dasar tangan terbuka yang diamalkan oleh Rakyat Malaysia ditambah pula oleh sokongan padu dari pihak swasta ini menyebabkan kebanjiran lagu-lagu ataupun karya warga seberang menjengah pasaran Malaysia. Rintihan mereka hanya lebih menjurus kepada factor kewangan sahaja. Bagaimana penjualan ablum yang semakin menurun dan ditambah pula oleh lanun-lanun cetak rompak yang bermaharajalela.
Adakah tidak terpandang oleh mereka yang berada di dalam industri muzik itu bahawa apakah kesan kebanjiran karya orang seberang ini bukannya dating di dalam pandangan kewangan sahaja. Tetapi ia lebih kepada bagaimana kita sebenarnya telah memilih untuk dijajah dari aspek muzik. Ia muzik itu universal, ungkapan yang selalu dilaung-laungkan oleh pemuzik dari seberang. Ungkapan itu hanyalah retorik semata-mata, ia hanya untuk menghalalkan cara penjajahan mereka.
Kalian mungkin beranggapan kata-kata ini lebih kepada kata-kata orang yang mementingkan perkauman ataupun suku. Percayalah kata-kata ini bukan disebabkan isu perkauman tetapi merungkai lebih ke hadapan daripada itu. Bayangkan karya seberang yang masuk ke corong-corong radio. Didengari bukan sahaja peringkat umur 20an malah ada juga dari peringkat umur 10an ke bawah.
Jika peringkat 10an ini sudah biasa mendengar karya dari seberang bagaimana mereka ini hendak berjaya di dalam subjek Bahasa Malaysia jika ada pengaruh dari luar yang mengelirukan mereka tentang bahasa itu. Jika dilihat trend masa kini anak-anak kecil sudah boleh menyanyi lagu-lagu seberang ini menyebabkan percampuran bahasa ataupun rojak bahasa akan berlaku. Hilanglah jatidiri mahupun ketulenan ataupun keaggungan bahasa Malaysia itu.
Seterusnnya apa yang berlaku ini secara terang-terangan ialah satu bentuk penjajahan tetapi di dalam konteks rakyat Malaysia. Kita telah memilih untuk diJAJAH. Fikir-fikirkanlah terhadap warisan masa depan yang masih belajar tentang bahasa Malaysia.
BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA

No comments:
Post a Comment