Tuesday, March 3, 2009

Salahkah jika kita berbeza pengetahuan

Pengetahuan kita berbeza antara manusia tetapi perkara yang ingin di rungkai ialah salahkah jika pengetahuan kita berbeza. Manusia telah menciptakan satu kaedah untuk mengetahui kadar pengetahuan manusia itu melalui ujian. Jika sikit atau kurang pengetahuan manusia itu maka mereka akan gagal ujian itu dan di cemuh oleh manusia yang berjaya lulus akan ujian itu. 

Sebenarnya taraf pengetahuan manusia itu berbeza dan ia dibezakan dengan sikap keminatan manusia itu tentang pengetahuan yang diminati dan disukai. Sebagai contoh tidak semua manusia berminat akan tentang dunia perfileman seperti kisah siapa yang menang anugerah academy atau bagaimanakah filem yang bersifat gangsterism atau kisah cinta si penglipulara. Bukan semua manusia akan mempunyai minat yang sama dan kadar pengetahuan manusia itu tidak perlu sama sekali sama dengan manusia lain. 

Apa yang ingin ditekankan jangan kita sebagai manusia menghina atau mengherdik sesiapa pun hanya kerana mereka tidak mempunyai minat yang sama seperti kita untuk mengetahui pengetahuan yang kita minati. 

No comments:

Post a Comment