Thursday, January 8, 2009

السلام عليكم

As-Salamu Alaykum,

Tanggal 8 Januari ini akan bermula satu blog yang agak lengkap hendaknya dalam memperkatakan tentang hal-hal tandas. Tujuaan dikatakan atau diberikan nama sedemikian adalah kerana diperumpamakan bahawa dunia ini hanya untuk sementara dan akhirat itu ialah alam yang kekal abadi. Sementara di sini membawa erti sekejap, sebentar dan tidak lama iaitu benda atau perbuataan yang bersifat buat dan pasti akan ditinggalkan. 

Maksud sementara itu diperumpamakan sebagai tandas, kerana tiada manusia yang akan hidup atau tinggal di dalam tandas buat selama-lamanya. Jadi cakap-cakap dalam tandas bermaksud segala cara atau bahan perbualan yang kita bualkan di dunia ini.

Besar harapan bahawa blog ini dapat memberi kesedaran dan kefahaman yang jitu bahawa segala yang akan diperkatakan di dalam blog ini hanya bersifat sementara.  Di akhir kalam hendaklah kita sentiasa ingat bahawa dunia hanyalah sementara dan akhirat itu lah yang kekal abadi. 

No comments:

Post a Comment