Tidak faham dan tak mungkin faham kenapa orang awam lebih gemar atau suka berjumpa atau berkenal dengan seseorang itu di dalam dua dunia. Adapun yang dikenali di alam nyata ialah " A " tetapi masih juga kepingin untuk berramah mesra dengan si " A " juga di alam maya. Sambil ada yang berutus surat dengan si polis tentang angkara si FACEBOOK. Biarlah mereka dengan dunia khayalan mereka.
Thursday, March 18, 2010
Wednesday, March 17, 2010
7234 924

Akhirnya,
Hilang sudah penantian,
Hilang sudah debaran,
Hilang juga kisah silam,
Hilang juga keperitan.
Dikau,
Ibarat tulang belakangku,
Ibarat cahayaku,
Ibarat nasiku,
Ibarat tongkatku
Tanpamu,
Aku lumpuh ,
Aku buta,
Aku lapar,
Aku terjatuh,
Ku harap,
Kita bahagia,
Kita ceria,
Kita soleh dan solehah,
Kita ke syurga bersama-sama..
Saturday, December 5, 2009
TERPAKSA, SUKA & MEMILIH untuk dijajah
Adakah tidak terpandang oleh mereka yang berada di dalam industri muzik itu bahawa apakah kesan kebanjiran karya orang seberang ini bukannya dating di dalam pandangan kewangan sahaja. Tetapi ia lebih kepada bagaimana kita sebenarnya telah memilih untuk dijajah dari aspek muzik. Ia muzik itu universal, ungkapan yang selalu dilaung-laungkan oleh pemuzik dari seberang. Ungkapan itu hanyalah retorik semata-mata, ia hanya untuk menghalalkan cara penjajahan mereka.
Kalian mungkin beranggapan kata-kata ini lebih kepada kata-kata orang yang mementingkan perkauman ataupun suku. Percayalah kata-kata ini bukan disebabkan isu perkauman tetapi merungkai lebih ke hadapan daripada itu. Bayangkan karya seberang yang masuk ke corong-corong radio. Didengari bukan sahaja peringkat umur 20an malah ada juga dari peringkat umur 10an ke bawah.
Jika peringkat 10an ini sudah biasa mendengar karya dari seberang bagaimana mereka ini hendak berjaya di dalam subjek Bahasa Malaysia jika ada pengaruh dari luar yang mengelirukan mereka tentang bahasa itu. Jika dilihat trend masa kini anak-anak kecil sudah boleh menyanyi lagu-lagu seberang ini menyebabkan percampuran bahasa ataupun rojak bahasa akan berlaku. Hilanglah jatidiri mahupun ketulenan ataupun keaggungan bahasa Malaysia itu.
Seterusnnya apa yang berlaku ini secara terang-terangan ialah satu bentuk penjajahan tetapi di dalam konteks rakyat Malaysia. Kita telah memilih untuk diJAJAH. Fikir-fikirkanlah terhadap warisan masa depan yang masih belajar tentang bahasa Malaysia.
BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA
Wednesday, December 2, 2009
Kerja itu hanya ALAT.
Kerja itu bukan misi,
Kerja itu bukan kebanggaan,
Kerja itu ALAT.
Kerja bukan untuk dibangga,
Kerja bukan untuk dimegah,
Kerja bukan untuk dibenci,
Kerja itu ALAT.
Kerja itu ALAT,
ALAT untuk berbakti,
ALAT untuk membantu,
ALAT untuk ke sana.
Yang akan dihitung,
Yang akan dikira,
Yang akan ditimbang,
Yang akan membawa ke syurga.
Monday, November 30, 2009
Kita terus MENGEJAR dan mereka terus BERLARI
Orang yang lambat,
Apa yang dikejar,
Orang yang pantas lagi tuntas,
Teruskan mengejar.
Siapa yang BERLARI,
Orang yang pantas,
Apa yang di depan,
Hanya BERLARI tanpa Dipintas,
Teruskan BERLARI.
Buat si pengejar,
Yang akan terus mengejar,
Ubahlah rentak,
Ubahlah sikap,
Agar dapat memintas.
Buat si Pelari,
Sesekali tolehlah,
Lihatlah kepada si pengejar,
Papahlah ia,
Agar bersama-sama ke HADAPAN.
Thursday, November 26, 2009
KERJA oh KERJA
Kerja itu kerja,
Apa itu kerja,
Kerja itu kerja
Itu jawapan si PEKERJA.
Bila waktu kerja,
Hari-hari kerja,
Bila tamat kerja,
Bila berhenti kerja.
Itu jawapan si PESARA.
Hari-hari kerja,
Bosan dengan kerja,
Bila dapat duit,
Terus malas kerja,
Itu jawapan si PEMALAS.
Bagi pencari kerja,
Jangan benci dengan kerja,
Tapi benci dengan sebencinya,
Bukan kepada kerja,
Tapi kepada si PEMALAS KERJA.
Monday, August 10, 2009
Apa itu Hadhari
Tak sampai satu tahun kita terus sudah melupakan tentang Hadhari. Kalau dulu pak menteri pembodek Pak Lah sanggup merenjis air liur untuk menyebut perkataan berkonsepkan islam, membelit-belitkan lidah untuk mengatakan tentang Hadhari dan membuka kamus-kamus lama yang berkaitan tentang Hadhari Tapi sekarang kita semua sudah sedia maklum apa kesudahan kepada Hadhari atau pencetus idea Hadhari itu sendiri
Itu lah dan Inilah politik wahai kawan-kawan dan pepatah ada menyebut bila kita ada kuasa ramai juga lah kawan kita dan bila kite hilang semuanya maka sedikit lah kawan atau pengikut kita. Pendek kata ini lah resam suatu politik ciptaan mereka yang hanya menjadi pengikut bagai lembu yang mengikut siapa yang menraik tali dihidung nya dan bukan mengikut kerana siapakah tuannya..
